Selasa, 7 Disember 2010


Amal Minum Madu
Setiap wanita sentiasa ingin tampil cantik.... dan pasti ada amalan yang dipraktikkan untuk mengekalkan kecantikan luar dan dalam. Amalan meminum madu setiap pagi dan malam merupakan satu amalan yang sangat baik untuk kesihatan badan. Mengambil madu setiap hari boleh mengekalkan awet muda sekali gus mengembalikan tenaga dan kecergasan badan. Untuk mengatasi masalah kulit kering, sapulah madu pada bahagian yang bermasalah. Madu juga dapat membantu menyelesaikan masalah tumit merekah.Selain itu, madu juga boleh dipakai sebagai masker muka yang dipakai setiap malam sebelum waktu tidur. Cara ini bolehlah diamalkan untuk tampil anggun dan jelita sentiasa. Bukannya susah, janji ada kerajinan. Tak perlu nak keluarkan wang beribu ringgit setiap bulan untuk kekalkan kecantikan kerana inisiatif diri ke arah itulah yang perlu dititik beratkan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan