Ahad, 19 Disember 2010

PELIKNYE......


Ade sape2 nak order!


Wow, kuatnye....


Macam bentuk ape tu???


Ikan pun menyusu ke???


Ia nampak berpusingkan???? Camne tu ye....

Isnin, 13 Disember 2010

MARI BERSELOKA

Huruf A, B, dan C               
   Jambu atas batu            
Kenapa tidak kasi                    
   Sombong macam hantu
    
Undang-undang papan        
   Surat dalam buluh
Tunang ada lapan                
   Gundik tujuh puluh
    
Jalan-jalan sepanjang jalan                      
   Singgah-menyinggah di pagar orang
Pura-pura mencari ayam          
    Ekor mata di anak orang

Orang perempuan hendak bersegak              
   Lalu diasah kulit awak            
Jerawat penuh muka berkerak                 
   Lihat cantik dilumur bedak 
        
Gigi bertatah dengan gewang                    
   Kelip kilau nampak berjahang 
Rumah buruk lantai jarang                      
   Kalau terperlus malu kat orang
             
Tergesa-gesa balik ke kampung                      
    Pelanduk seekor tidak terkepung        
Encik bukan kera dan lontong                                
    Ranting yang buruk hendak bergantung
        
Ada seekor burung belatuk                    
    Cari makan di kayu buruk        
Tuan umpama ayam pungguk                        
    Segan mencakar rajin mematuk 

Khamis, 9 Disember 2010

Masih Belajar..

Dah lamer sebenarnye nak belajar buat blog sendiri....tp hasrat tu asyik tertangguh je dek kesibukan aktiviti seharian. Pernah masuk blogger sekejap...tp x pernah siap. Hinggalah cuti sekolah nie...hasrat ini semakin teruja dan semakin bersemangat ketika Yong sedang jage Pep. SPM di sebuah skolah di Ipoh. Lahirnye blog Seloka Kita ini adalah hasil dari seorg hamba Allah yang ku panggil kak azi yg byk memberi tunjuk ajar dan bimbingan utk menghasilkan blog yg mungkin tdk sehebat mane spt blog2 lain yg pernah Yong lawati. Namun begitu ini adalah satu langkah permulaan yg dah lamer Yong idam-idamkan. Buat kak azi....terima kasih di atas bimbingan yg diberikan. masih byk lg yg perlu dipelajari.... Buat sumer yg dtg lawat blog Yong ni.... maaf kalau ade cacat celanye...minta curahkan ilmu..agar blog ni boleh diperbaiki...Moga anda sumer terhibur dgn ape yg dipaparkan....SALAM UKHWAH dr YONGCAYANG....

Selasa, 7 Disember 2010



Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432.

Amal Minum Madu
Setiap wanita sentiasa ingin tampil cantik.... dan pasti ada amalan yang dipraktikkan untuk mengekalkan kecantikan luar dan dalam. Amalan meminum madu setiap pagi dan malam merupakan satu amalan yang sangat baik untuk kesihatan badan. Mengambil madu setiap hari boleh mengekalkan awet muda sekali gus mengembalikan tenaga dan kecergasan badan. Untuk mengatasi masalah kulit kering, sapulah madu pada bahagian yang bermasalah. Madu juga dapat membantu menyelesaikan masalah tumit merekah.Selain itu, madu juga boleh dipakai sebagai masker muka yang dipakai setiap malam sebelum waktu tidur. Cara ini bolehlah diamalkan untuk tampil anggun dan jelita sentiasa. Bukannya susah, janji ada kerajinan. Tak perlu nak keluarkan wang beribu ringgit setiap bulan untuk kekalkan kecantikan kerana inisiatif diri ke arah itulah yang perlu dititik beratkan.....

Rabu, 24 November 2010

Makna Doa....

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..